PROGRAM HILMAZ CAKNA

SALAH SATU CARA MENJEMPUT REZEKI!!!!
BIASAKAN DIRI DENGAN AMALAN SEDEKAH SUBUH!!
Alhamdulillah Allah telah memberikan kita rezeki, kesihatan dan nikmat yang baik. Namun, bagi Asnaf suasana mereka jauh berbeza sama sekali dengan kita ditambah lagi dengan krisis kesihatan yang berlaku sekarang ini.
.
Cuba bayangkan sekiranya mereka ini adalah emak, ayah dan keluarga kita sendiri. Sanggupkah kita biarkan mereka kelaparan, tiada tempat bergantung, dan bersendirian?. Sudah pasti TIDAK!
.
Sedangkan mereka semua ini adalah saudara kita juga. Alangkah baik jika kita keluarkan sedikit wang ringgit untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Tidak banyak tuan/puan, sedikit sudah memadai.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ , عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ
"Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sementara jirannya kelaparan"
(Hadis Riwayat At-Tabrani)

2.78 JUTA ISI RUMAH DI MALAYSIA BERADA DI BAWAH KATEGORI FAKIR MISKIN
(KAJIAN PENDAPATAN ISI RUMAH 2016)
Tuan puan, sepanjang kami menjalankan projek bantuan ini, rupanya ramai disekeliling kita yang tidak mempunyai bahan dapur yang mencukupi. Ada juga yang dapur mereka sudah berhari-hari tidak berasap.
.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana nasib anak-anak kecil mereka. Mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sekiranya tiada pendapatan pada hari tersebut, maka berpuasalah mereka sekeluarga.

Oleh itu, Pertubuhan Kebajikan Ummatul Hilmaz menggerakkan satu tabung khas HILMAZ CAKNA untuk membantu golongan-golongan asnaf, OKU dan mereka yang bependapatan rendah (B40).
Dengan TABUNG INFAQ KEBAJIKAN ini, kami akan membeli barangan dapur dan keperluan asas. InsyaAllah akan memberi manfaat kepada golongan sasar tidak kira bangsa, agama dan latar belakang.


Pihak kami menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf sekitar Besut, Terengganu
KAMI MEMERLUKAN RM 22,500 SETIAP BULAN BAGI MEMBANTU 150 BUAH KELUARGA
Kami mensasarkan untuk menyantuni sebanyak :
✅ 150 buah keluarga setiap bulan
✅ Kos anggaran bagi 1 pek makanan adalah RM 150
✅ Jumlah sasaran bagi 150=RM 22 500 sebulan
*** Memberi manfaat kepada lebih 1800 buah keluarga setahun



Kandungan Pek Makanan dan Keperluan Asas:
✅ Beras
✅ Minyak Masak
✅ Gula
✅ Garam
✅ Barangan Kering dan Basah


Daripada Abdullah ibnu Amru RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Apakah amalan terbaik dalam Islam?”
Baginda bersabda:“Memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal serta orang yang engkau tidak kenali.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Disclaimer:
Kami adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar secara sah di bawah Undang-undang Kerajaan Malaysia. Aktiviti kami merangkumi kawasan Terengganu dan juga kawasan pantai timur.
Sebarang persoalan boleh hubungi pegawai kami:
En. Amir - 0198855071

ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBERI SUMBANGAN
HANYA ALLAH SAHAJA DAPAT MEMBALAS.
